SELAMAT DATANG

Selasa, 29 November 2011

Kelas Pemulihan Khas

Suasana di dalam Kelas Nur Kasih (Pemulihan Khas) di Sekolah Kebangsaan Kubang Chenok.



Khamis, 24 November 2011

Jumaat, 18 November 2011

Berusahalah Sayang...Kalian Akan Berjaya!

Assalamualaikum semua.
         Pertama sekali,Cikgu ingin mengajak adik-adik agar sama-sama bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kita diberi peluang untuk mengecapi kehidupan di alam maya ini.Apa Khabar semuanya?
Tentu seronok sekarang ni....maklumlah musim cuti sekolah...Tak dapat nak bayangkan betapa seronoknya kalau cuti sekolah.Masa cuti inilah peluang untuk melakukan sesuatu yang tak mungkin dilakukan semasa musim persekolahan.
       Ke mana atau apa pun yang berlaku,kita harus ingat bahawa cuti sekolah perlu diisi dengan aktiviti atau program yang berfaedah.Tempoh cuti yang agak panjang ini memberi peluang kepada kita untuk melakukan pelbagai aktiviti yang barang kalinya tak sempat kita lakukan semasa hari persekolahan.
      Tetapi perlu diingat,percutian yang panjang ini perlu dirancang dengan sebaiknya.Jika tidak,adik-adik kemungkinan akan rasa"boring" atau silap-silap akan terleka dengan begitu sahaja sehingga akhirnya kalian akan rasa kenapa cuti sekolah ini sekejab sangat ye? Haa..kalau ada perasaan begitu,itu maknanya percutian kalian"kosing dan sepi" tanpa ada aktiviti yang berfaedah.Jadi untuk mengisi waktu terluang bolehlah kalian singgah di blog ini.

Sabtu, 12 November 2011

Suku kata KVK

bam   bim   bum  bem  bom  bem

can  cin cun cen con cen

das dis dus des dos des

fak fik fuk fek fok fek